Cara Kira Kelayakan Pinjaman Peribadi Dengan Mudah

Intan
Diterbitkan pada September 5, 2025
Bacaan 3 minit
Kongsi

Ramai rakyat Malaysia memohon pinjaman peribadi untuk pelbagai tujuan — dari menampung kos kecemasan hingga menyatukan hutang. Namun begitu, tidak semua permohonan diluluskan. Salah satu faktor utama yang menentukan kelulusan permohonan ialah kelayakan pinjaman peribadi. Dalam artikel ini, kita akan menerangkan langkah-langkah mudah untuk mengira kelayakan anda berdasarkan gaji dan komitmen bulanan.

Apa Itu Kelayakan Pinjaman Peribadi?

Kelayakan pinjaman peribadi merujuk kepada kemampuan seseorang pemohon untuk meminjam wang daripada institusi kewangan berdasarkan pendapatan dan komitmen sedia ada. Bank atau pemberi pinjaman akan menggunakan beberapa kriteria penting bagi menentukan jumlah maksimum yang boleh dipinjam oleh seseorang individu tanpa membebankan kewangan mereka.

Mengapa Penting Faham Kelayakan Anda?

  • Elak permohonan ditolak oleh bank.
  • Membantu merancang jumlah pinjaman dengan lebih bijak.
  • Mengelakkan risiko beban hutang berlebihan.

Langkah-Langkah Mengira Kelayakan Pinjaman Peribadi

Sebelum membuat permohonan, ikuti panduan di bawah untuk memahami cara kira kelayakan pinjaman peribadi anda dengan tepat.

1. Ketahui Jumlah Gaji Bersih Bulanan Anda

Gaji bersih ialah pendapatan selepas ditolak potongan wajib seperti KWSP, PERKESO dan cukai. Ini adalah jumlah sebenar yang anda terima setiap bulan.

Contoh:
Gaji kasar: RM4,000
Potongan KWSP+PERKESO+Cukai: RM700
Gaji bersih: RM3,300

2. Kenalpasti Komitmen Bulanan Sedia Ada

Kos tetap bulanan seperti bayaran kereta, kad kredit, ansuran rumah dan pinjaman lain perlu diambil kira sebagai komitmen kewangan anda.

Contoh:
Ansuran kereta: RM650
Kad kredit minimum: RM200
Pinjaman PTPTN: RM150
Jumlah komitmen: RM1,000

3. Fahami Konsep Debt Service Ratio (DSR)

Debt Service Ratio atau DSR ialah nisbah antara jumlah komitmen bulanan dengan gaji bersih bulanan. Ia digunakan oleh bank untuk menilai kelayakan pinjaman peribadi.

Formula DSR:
(Total Komitmen Bulanan / Gaji Bersih Bulanan) x 100%

Contoh:
(1,000 / 3,300) x 100% = 30.30%

Kebanyakan bank menetapkan had DSR antara 60% – 70%. Jika DSR melebihi paras ini, permohonan anda mungkin ditolak.

4. Kira Jumlah Ansuran Maksimum Anda Mampu Bayar

Sekiranya had DSR bank ialah 60%, dan DSR semasa anda ialah 30%, baki 30% boleh digunakan untuk pinjaman baharu.

Contoh:
60% dari gaji bersih (RM3,300): RM1,980
Komitmen sedia ada: RM1,000
Baki ruang ansuran: RM980 (jumlah maksimum bayaran bulanan pinjaman baharu)

5. Gunakan Kalkulator Pinjaman Peribadi Online

Banyak laman web bank menyediakan kalkulator atas talian untuk membantu anda membuat anggaran jumlah pinjaman berdasarkan kadar faedah dan tempoh pembayaran balik.

Contoh Pengiraan:

  • Kadar faedah: 6% setahun
  • Tempoh: 5 tahun (60 bulan)
  • Bajet ansuran bulanan: RM980

Dengan kalkulator tersebut, anda boleh melihat jumlah pinjaman yang layak sehingga lebih kurang RM45,000 – RM50,000 bergantung kepada kadar faedah sebenar.

Faktor-Faktor Tambahan Yang Mempengaruhi Kelayakan Pinjaman Peribadi

Skor Kredit (CTOS/CCRIS)

Pihak bank akan memeriksa skor kredit anda untuk memastikan tiada rekod bayaran tertunggak atau akaun tidak aktif.

Status Pekerjaan & Tempoh Perkhidmatan

Pekerja tetap dengan tempoh bekerja lebih dari 6 bulan biasanya lebih mudah lulus berbanding kontrak atau baru bekerja.

Pendapatan Sampingan & Aset

Pendapatan tambahan seperti sewaan rumah atau perniagaan sampingan boleh membantu meningkatkan kelayakan pinjaman peribadi.

Cara Tingkatkan Kelayakan Pinjaman Peribadi Anda

Kurangkan Komitmen Sedia Ada

  • Lunaskan hutang kecil seperti baki kad kredit atau pinjaman mikro.

Tingkatkan Pendapatan Bulanan Anda

  • Cari kerja sambilan atau tingkatkan hasil perniagaan kecil-kecilan.

Pilih Tempoh Bayaran Yang Lebih Panjang

  • Ini akan mengurangkan ansuran bulanan dan membolehkan anda meminjam lebih banyak dalam lingkungan DSR yang dibenarkan.

Kelayakan Pinjaman Peribadi Mengikut Bank Di Malaysia (Anggaran)

Bank Syarat Minimum Gaji Bulanan (RM) Had DSR (%)
Bank Rakyat 1,000 – 2,000 <60%
MBSB Bank 2,000 ke atas <65%
CIMB Bank 2,000 ke atas <70%

*Anggaran sahaja. Sila rujuk laman rasmi bank masing-masing untuk maklumat terkini.

Bijak Ringgit

4 Langkah Mudah untuk Dapatkan Nasihat Kewangan

1. Hubungi Kami

Hubungi perunding kami untuk semak kelayakan awal.

2. Hantar Dokumen

Hantar slip gaji dan kad pengenalan untuk semakan.

3. Kelulusan

Dapatkan kelulusan dalam masa 3-5 hari bekerja.

4. Terima Wang

Wang akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda.